Saturday, October 15, 2011

Remaja 14 tahun mati di hempap pokok.

assalamualaikum..

aku tau, mesti ramai blogger dah post pasal benda ni..
tapi sebagai pengajaran kepada orang ramai
mungkin masih ramai yang tak tahu..



REMBAU: Hasrat seorang remaja menghabiskan cuti hujung minggu bersama rakan dipercayai teman lelakinya meragut nyawanya selepas dia terbunuh dihempap dahan pokok pulai seberat lapan tan di Hutan Lipur Gunung Datuk, di sini, semalam.
Nor Syahira Mat Edde, 14, dari Kem Terendak, Melaka dikejarkan ke Hospital Tampin kerana cedera parah di badan, tangan dan kaki, namun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di bilik kecemasan.

Rakannya, Mohammad Zul Afiq Abdullah, 22, turut dihempap pokok berkenaan namun hanya cedera di kepala.
Difahamkan, dalam kejadian jam 11.40 pagi, kedua-dua mangsa baru meletakkan motosikal yang ditunggangi berhampiran pokok berkenaan.

Menurut saksi yang juga penyelia hutan lipur itu, Abdul Rahman Idrus, 40, ketika kejadian, dianggarkan lebih 200 pengunjung dan pendaki berada di kawasan tapak kaki gunung itu.

“Difahamkan dua remaja dari Kampung Melekai, Johol, itu baru meletakkan motosikal berhampiran pokok berkenaan.

“Kami kemudian terdengar jeritan kuat dan terkejut melihat seorang lelaki dan perempuan cedera di kepala dan kaki selepas dihempap pokok. Selain itu beberapa kenderaan dan motosikal turut dihempap dahan pokok,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu pertama kali berlaku di hutan lipur berkenaan sepanjang menyelia kawasan itu sejak November tahun lalu.
Sementara itu, seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 45, berkata ketika kejadian dia mencari tempat letak kenderaan selepas menurunkan empat anaknya untuk mandi di kawasan jeram itu.

Menurutnya, sebaik meletakkan kereta, dia dikejutkan dengan bunyi kuat seperti benda jatuh.

“Saya terperanjat mendapati dahan pokok jatuh dan terkena bahagian depan kereta, mujur ketika itu hanya saya di dalamnya,” katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Zamrus Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.58 pagi dan enam anggota serta sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

“Pasukan bomba mengambil masa 30 minit untuk membersihkan laluan yang terhalang dengan dahan pokok.

“Siasatan mendapati pokok pulai dipercayai berusia 200 tahun seberat lapan tan itu sudah reput, menyebabkan ia tumbang,” katanya.

Kejadian itu menyebabkan kecederaan dan kerosakan pada kenderaan lain membabitkan dua kereta, dua motosikal dan satu basikal..
: harian metro.


**apa yang aku cuba nak sampaikan?
ye, mungkin kalau dia tak pergi dating, die tak akan mati, and mungkin jugak dia tak mati masa dating, dia akan temui ajal di tempat lain..
hanya Allah yang tahu dan Dia maha menentukan segala-galanya untuk umatnya,.

tapi tak ke terkilan ibu dan ayah, apabila anak nya mati, dalam keadaan yang mungkin sedang berpegangan tangan dengan TEMAN LELAKI? sedang BERDUA-DUAAN, tak tutup AURAT..

ok, mungkin apa yang aku cakap ni tak betul, tentang remaja 14 tahun ini, tapi kelihatannya begitu kan..

semoga kita tak jadi macam tu, jadikan pengajaran..

4 comments:

Nini said...

Masa aku baca ni kat paper..aku tergelak..bukan suka orang tu mati..tapi macam kelakar pun ada..haish..tu la..Allah Maha Berkuasa..Maybe Allah x nak dia terus2 buat maksiat..Tu yang mati kan aje terus..

Unknown said...

haha.. aku rasa, knp Allah bg lelaki je hdup?
msti sbb kalau 22 pun hidp, drg akn teruskan hubungan tu malah lg rapat,
"syg, i'm so sorry, i janji akan jaga u kat hospital smpai u sembuh"

mcm2 lah..
tp Allah biarkan llki tu je, ntk bertaubat.. harap jd pengajaran lah ntk yg lain..

bkn pengajaran jgn dduk bwh pokok,tp pengajaran jgn couple..
kesian budak pompuan tu, meninggal dlm keadaan yg ...

Nini said...

Yeah..hopefully memberi pengajaran.........

Unknown said...

btl3..