Friday, July 1, 2011

cerpen dari Aku..

Sambil bernyanyi-nyanyi kecil, Suria menyalin nota matematik tambahan yang di arahkan oleh guru matematik tambahannya. Tiba-tiba, Maria menegurnya, "su, awak stay back tak hari ni?"
suria berkata, "tak, tapi saya nak singgah surau dulu, takut nanti dah balik tak sempat pulak, awak nak ikut sekali tak?"
"erm... tak kot, mama saya selalu sampai awal la, nanti lama pulak dia tunggu, lagipun rumah saya dekat je,5 ke 6 minit dah sampai"kata Maria membalas kata-kata Su.

loceng terakhir berdering, menandakan waktu persekolahan telah tamat, di fikiran masing2 telah membayangkan makanan tengah hari di rumah. Su antara pelajar terakhir meninggalkan kelas. Dia mencari pembarisnya yang hilang. `tadi ada kat atas meja ni, mana pulak!` katanya dalam hati, berfikir kemana hilangnya pembaris itu.

tiba-tiba seorang lelaki menghampiri meja tulisnya, dan menghulurkan sebatang pembaris. Su berasa tersangat marah, kerana dipermainkan seperti itu. Sambil merampas pembaris itu, dia cepat-cepat bergegas dari tempat duduknya, lalu dia berjalan laju menuju ke surau, seperti yang dirancangnya. Suria Atyqah, bukan lah seorang yang suka mengada-ngada dan menggedik di hadapan mana-mana lelaki, dia seorang yang menjaga auratnya, menjaga tingkah lakunya. Suria mempunyai rupa paras yang cantik, putih bak kapas, bibirnya merah bak mawar merekah,hidungnya mancung.
Ramai yang meminatinya, ramai juga yang cuba untuk menghampirinya, bukan sekadar kawan biasa, setiap yang melihatnya, pasti akan menoleh buat kali kedua.

sesampai Su di surau, dia cepat-cepat mengambil wuduk dan menunaikan solat zuhur, berimamkan cikgu Syamsul,cikgu yang setiap hari bertandang ke surau,tak pernah tidak.
semasa su melalui tangga menuju ke pintu keluar bahagian atas sekolah mereka, Su ditahan oleh seorang lelaki yang seperti pernah dilihatnya. Baru dia teringat, lelaki itu lah yang telah menyorokkan pembarisnya dalam kocek baju kemeja sekolah dia.
`apa lagi lah, yang budak ni nak ?` Su berfikir, sambil bersedia untuk lari. setelah dirasakan agak sesuai untuk melarikan diri, Suria pun berlari. dia tidak sedar bala menantinya dihadapan, dia terlanggar batu sebesar penumbuk, lalu terjatuh. sebelum mukannya tersembam ke lantai, lelaki yang menahannya tadi menyambut suria, tanpa rasa bersalah.

mereka saling bertentang mata. Suria memandang tajam lelaki itu, memberi isyarat untuk melepaskan genggaman kuatnya, lelaki itu memandang suria dengan perasaan yang suka, gembira, dan seronok, kerana akhirnya dia dapat menyentuh perempuan comel idamannya. Dia tidak melepaskan Suria, hingga akhirnya Suria cuba bersungguh-sungguh untuk berdiri. Su jalan ter encot-encot  kerana kaki nya terseliuh, dek terlanggar batu tadi. Dia memegang tiang ditepinya, sebagai tongkat untuknya sampai di kerusi tempat pelajar menunggu ibu dan bapa mereka menjemput.

lelaki itu, Faiz Azhar, menghampirinya dan meminta maaf. Dia berasa sangat bersalah, dia ingin membantu. tetapi dia tahu, yang Suria tdk suka disentuh2 oleh mana2 lelaki.
Selama ini faiz tahu, sikap Suria begitu. tetapi dia pelik dan dengan ego nya yang tinggi, dia nekad untuk menyentuh Suria, walaupun di tangan, suatu hari nanti.
Faiz dibesarkan dengan gaya barat, dia anak kepada orang kenamaan, yang tinggal dikawasan kuala lumpur. Dia tidak pernah di ajar dengan hal-hal agama, walaupun dia memang islam sejak lahir. Mama dan papa nya juga islam,bukan mualaf. tetapi papanya dibesarkan di Amerika,hingga dia terfikir,ntk mencari keluarganya yang lain, di Malaysia,sehingga lah dia berkahwin, dan tinggal di Malaysia sehingga hari ini. Oleh kerana itu, papanya tidak tahu tentang adat dan hal-hal islam.

Suria dan faiz duduk di kerusi tadi, sementara menunggu kaki suria reda sedikit. Suria tidak dapat menghalang faiz dari duduk disitu dengannya, tetapi dia berjaya mengarahkan Faiz agar duduk jauh sedikit darinya.
Faiz semakin pelik dan terpaksa mengikut arahan suria itu tadi, kerana dia berdegil untuk tetap disitu.

Faiz memberanikan diri untuk bertanya tentang persoalan yang sudah lama bermain difikirannya. Dia memulakan ayat dengan terketar-ketar "awak, saya nak tanya boleh? "katanya sambil memegang lutut.
Suria pelik, dan berkata " apa dia? tanya lah"

"erm... saya selalu tengok awak mengelak dari budak2 lelaki yang nak dekat dengan awak tu, lepas tu saya nampak awak asik tarik aje tangan, bila saya nak sentuh awak.kenapa ye??"tanya nya yang tidak banyak ilmu agama. ustazah di sekolah ada menerangkan tentang itu, haram dan akibat menyentuh yang bukan muhrim. tetapi Faiz tidak pernah mengambil kisah, dia biasanya berborak dan melukis dalam kelas agama, kerana tidak langsung berminat dalam kelas itu.

"sebab, sentuh antara yang bukan muhrim itu haram, dan ia seolah-olah besi panas dicucuk atas tempat yang bersentuhan". kata Suria
Faiz bertanya sambil menggaru kepala,"haraamm tu apa? saya tahu lah tak boleh sentuh, tapi kenapa? "
Suria tanpa teragak2 menjelaskan " kenapa awak nak sangat sentuh perempuan? apa yang awak rasa?"
"rasa suka lah, tapi mesti saya ingat balik lepas tu, masa kat rumah" Faiz menjawab jujur. tiba-tiba perasaan ingin tahu melonjak-lonjak dalam dirinya, tentang apa yang diamalkan Suria selama ini.

"ha, kan... lepas tu mesti semua kerja awak tak menjadi, sebab asik teringat kat orang yang awak sentuh tu kan? itu dia haram, sebab itu satu dari zina, dan sesuatu yang mendekati zina."

No comments: