Saturday, November 19, 2011

arnab tua yang bertuah

Assalamualaikum..
yeah! happy sangat sebab ade orang nak layan aku mengarut merepek dan meraban..
mule2 nak main2 je, tak sangka budak niyh buat betul2 bed time story pasal arnab tua..

tgk, dia start cerita, then aku sambong..
mestilah aku sambung panjang, sebab aku suka mengarut!!

huhuhuhu ok dlam sbuah kmpg ni ade seekor arnab tua yg bname arif...pde 1 ary dye pg ke pekan tok bli brgn hrian tbe2 dye tpndg 1 sdut iklan yg dpaprkn d hdapn istana tjuk iklan 2 ssiapa yg bjaye mlepasi ujian yg dbrikan dpt bkawin ngn ank rje.... si arif 2 pon ingin mncube nsib krne dye pon blom bpunye sngle la ktekn...umm dye pon wat psiapan sblom mnjelang hari prtndingn tu... tbe la ary yg dnanti nantikan si ariff 2 tp apble dye mlihat skeliling nye sume pserta yg hdir hbat2 blake tp sume x pthkn smgt dye acre yg dptndingkn adlah lumba lari.....sume pserta di grisan permulaan tmsuk lah si arif ni .....ble hon dbyikan mke brmulalh pelumbaan 2 arif dgn pnoh bsemgt lari bsgguh sgguh mniggl kn yg lain tp kkuatn nye x sprti dlu


aku tak nak ubah cara dia tulis, sbb nk kasi korang bace yg real..hehe
nih aku pnye lak, sila bace..

dia berhenti berehat dibawah sepohon pokok yg pelik, tiba2 sebiji buah jatuh dri pkok tersebut..
oleh kerana terlalu penat, arif mengambi buah tersebut lalu mencampak keatas setinggi mungkin.. untuk melihat sama ada didalamnya ada air ataupun tidak.
lalu buah itu jatuh di atas seketul batu yg sederhana saiznya, lalu berlubanglah buah itu.. terkeluar beberapa titik air daripadanya. arif begitu gembira. dia menadah mulutnya dan minum air yg sangat melegakan itu.
setelah berasa sedikit bertenaga, dia menyambung perjalanannya. ternyata usahanya tidak sia2,dia semakin bertenaga dan teruskan berlari.. seinci lebih untuk sampai di garisan penamat, tiba2 arif terasa badannya tidak selesa. dia menyangka bahawa dia perlu untuk membuang air besar, dia pun berlari ke belakang semak berdekatan lalu menyorok disitu untuk membuang hajat, tanpa sempat menghabiskan lariannya. ikutkan hati ingin sahaja dia melepas disitu,tetapi terlalu ramai haiwan.
semasa dibelakang semak, dia menunggu dan terus menunggu, tetapi apa yg disangka jauh meleset. tiba2 tangan kanannya bertukar seperti tangan manusia, dan sedikit demi sedikit tangan kirinya, lalu kaki, dan seterusnya seluruh tubuhnya bertukar menjadi manusia.

dia begitu terperanjat, dan lebih memeranjatkan lagi, pakaiannya seperti pakaian seorang putera.
dia lalu ke tempat pertandingan tadi, untuk melihat siapakah yg dapat memenangi pertandingan itu. encik katak rupanya.
arif begitu kecewa. tetapi dia tetap hadir ke majlis perkahwinan encik katak dengan puteri raja.dengan perwatakan manusia
tiba2 raja mendekati dan membelai rambutnya. "awak Ariff bukan?"
tanya raja itu kepadanya.
ya, saya ariff, bagaimana tuanku mengenali saya?padahal dulu saya seekor arnab tua.
"arnab tua?? benarkah begitu??" wajah raja itu kelihatan begitu seronok, lalu dia mencium ubun2 arif dan menarik tangan arif kehadapan puterinya.
"wahai puteri ku, inilah tunanganmu yg ayahanda sudah tunangkan sejak kecil,tetapi belum smpat membesar, arif disumpah oleh ahli sihir jahat,sebagai arnab tua kerana cemburu kamu berdua akan dinikakkan apabila dewasa, sekarang sumpahan itu sudah berakhir, dan kamu dinikahkan."kata raja, sekali lagi memeranjatkan arif
raja tunduk kearah katak dan meminta maaf,, katak tidak kisah dan membiarkan urusan manusia. dia menjadi penyeri istana dan tukang panggil hujan apabila dayang2 memerlukannya untuk membasuh baju.

yeah! rasa realize tension2 sume.. thanks!!
lupe nk cerita, arnab tua bertukar menjadi putera raja yang hensem dan menambat hati puteri raja..

2 comments:

محمد رازيق said...

nice entry :) salam kenal

Nur Zalfa Afra said...

hehe thanks.. salam kenal