Monday, October 24, 2011

cinta Faiza buat Burhanuddin al-Helmy sorang!!

Assalamualaikum.

ini kisah malam tadi. kisah satu malam. yg buat aku tak tido sampai jam 3.12 minit pagi..
bangun hari ni,, dapat eye bag, dah macam panda.
kisahnya...

Disaat aku sedang menanti mesej dari orang yang mula2 cakap sekejap, lepas tu sampai ke
sudah tak de mesej in...
tapi kesah ke aku? tak ponn.(alamak jangan marah!)
 mata aku malam tadi khas buat Jaja dan Din.

Aku lagi tertarik untuk menjejaki dan mengkaji usaha cinta Si Jaja, mencari Din
cinta pandang pertama yang bukan berputik dari kedua-dua belah hati..
tapi hati Jaja sorang je..
Hati yang terjatuh ke perut selepas melihat sekeping gambar
seorang lelaki di tanah perkuburan sedang membaca yasin
buat anak kepada seorang gurunya..
Duit bukan kemahuan gurunya itu..
tetapi bacaan surah yasin buat anak perempuannya yang telah kembali,
adalah bayaran untuk segala ilmu yang telah dicurahkan kepada Burhanuddin Al-Helmy.

Din biasanya akan menunaikan janjinya dirumah sahaja, tetapi hari itu dia lalu dikawasan perkuburan
itu, jadi dia ke sana untuk membaca surah yasin dengan lebih dekat.

Maha Hebat aturan Illahi,
Suhaimi yg kebetulan lalu disitu untuk pulang kekampungnya, ternampak keadaan dimana
Din sedang menghadiahi si mati dengan bacaan hati quran...
keadaan yg cukup indah untuk di semadikan dalam lensa cameranya..

inilah asal terbitnya rasa cinta terhadap seorang Burhanuddin..
dari sekeping gambar kaku yang bisu, buta, tuli, kejap, dan tiada bernyawa..

memang itu lah sifat Din,
perasaan ingin tiada bernyawa di medan peperangan menyelamatkan nama islam..
tuli dari mendengar cerita2 yang tidak sepatutnya didengar..
buta untuk melihat mata-ke mata dengan yang bukan mahram nya..
buta dari melihat aurat yang bersepah-sepah
bisu dari menyebut kalimah yang sia-sia..
dan kaku apabila dihadapannya ada perempuan menangis,
kerana dia tidak merapati wanita selain ibu dan kakaknya..

menghabiskan dua tahun sejak usianya 25, Jaja menyimpan rahsia hati
dalam-dalam..tak ada siapa tahu, dia jatuh cinta pada sekeping gambar,
padahal Jaja bukanlah jenis yang mudah menyerahkan hati..
sampai masa untuk dia mencari Din dengan bersungguh-sunggu, dan mendapatkan cinta Din,
saat dia dapat lebih banyak maklumat tentang lelaki cinta hatinya..

rahsia itu tidak lagi disimpan kemas,seorang diri..
Mama,abah,nini,uncle Aqmar..mira..Qaulah.. abg Chik..semua tahu
tetapi tidak pada wassim dan lala..  mereka tu cabul!!

setelah berumah tangga, bahagia kah dia?? *of course...dpt ustaz tu!
syahid kah sang Burhanuddin al-Helmy?? *agaknya?
Anak? mujtahid kecil... *baca sendiri

bacakan kisah Faiza dan Burhanuddin Al-Helmy,
dalam karya Noor Suraya,
bertitle kan Jaja & Din
dicetak Majujaya Indah Sdn Bhd
diterbitkan Jemari Seni Publishing..

kisah yang menyayat hati..dan bagi aku cerita ni tak ada slack kat mana2...
mungkin ada yang dah baca, jadi entry ni khas buat yang belum baca,, hehe..

*siapa nak jadi Din untuk aku?? perghh soo sweet... macam gula-gula kapas..

No comments: