Saturday, March 14, 2015

khazanah bangsa

Assalamualaikum.
:'(

Mesti ramai yang dah kenal dengan nama ni. Nama Khazanah Bangsa dan tak asing lg dibibir2 masyarakat dimalaysia. Terutamannya org melayu. Sebab kononnya motif khazanah bangs a adalah untuk 'membantu orang melayu' meningkatkan taraf hidup. KONONNYA. Aku dan kluarga yg berusaha membangunkan syarikat asalnya untuk memudahkan urusan jual beli emas pun terjebak dengan mainan khazanah bangsa.
Setiap bulan mmg tak pernah miss apa yg mereka janjikan sampai terdetik niat dihati nak tlg sedara mara n kawan2 yg nak cari pendapatan sampingan. Sampai ramai jemaah yang gelap mata melaburkan duit mereka kepada kami yg mewakilkan syarikat korporat ini.
Aku dgn bangga dan begitu bersemangat menerangkan profit and return yg akan diperolehi sekiranya kawan2 menyertai aku dalam perniagaan ini. Apa yg buat aku begitu yakin dengan Khazanah bangsa ialah bangunan besar dan ku anggap  cukup kukuh untuk meneruskan perniagaan tanpa ada rintangan.
Siapa sangka.

Langit tak selalu cerah.. Satu masa..khazanah bangsa berhenti memberi hibbah yg dijanjikan malah modal juga ada yg belum dikembalikan. Langsung aku tak pasti apa yg berlaku sebenarnya.

Hari..demi hari.. Dah nak masuk bulan 4 tahun ini,2015.. Mereka tetap lupa akan janji2 yg ditabur. Aku tak ralat ntk duit yg aku dah laburkan walaupun ada bau2 kecewa. Sebab yg paling banyak aq terima jemaah adalah mereka yg minta kami ntk rolling modal mereka dalam khazanah bangsa. Banyak lg company gah lain yg kami sertai semuanya 'tersontot'. Tp yg paling terasa adalah dengan khazanah bangsa.

Kawan2 kolej ramai yg bg modal.. Mereka sangat percayakan aku. Makin hari makin rapat bila ada topik tentang bisnes yg nak dibincangkan.

Bila saat hitam dan mimpi ngeri ini berlaku dimana KB tidak lg mengotakan janji...yg paling buat aku menangis dan sangat tak sangka.. Kawan2 yg td rapat seorang demi seorang membuka langkah.

Kalau tak silap aku.. 9.march 2015.. Kawan yg sangat rapat sepanjang sem 3-4 dengan berat hati sampaikan satu 'berita'
Mereka berempat nak kluar jalan2 hari jumaat memandangkan kelas habis awal, jam 10 pagi. Dari hari tu..aku rasa tersisir. Sedarlah diri cuma hadir ntk menyusahkan. Hari demi hari berlalu... Makin aku tak boleh tengok kawan baik aku tu.. Aq sedih aq tak tahu nak bertidak mcm mana. Selalunya kami bergelak ketawa. Dari hari dia bg berita tu.. Berat mulut ni nak keluarkan nada2 gembira. Sekali dua aku menjadi diri sendiri yg sentiasa lupa bila dah ketawa. Lupa akan masalah yg sebenarnya berlaku. Tp..bila aq kembali terkenangkan hari jumaat.. Aq jd bingung nak bereaksi. Sampai hari yg aku gerunkan. Tak tahu apa yg bt aq takut. Aku tak tahu nak menghadap mereka dan buat seperti tiada apa yg berlaku. Tp dalam hati rasa pilu sedih rasa jauh..
Pagi jumaat masa dalam perjalanan.. Kawan rapatku td whatsapp .. Sepatah pun aku tak balas. Tiba2 azrai call..aq cari gaduh dan aq nangis sepuas puasnya. Padahal nangis tu nangis mengenangkan betapa diri ini terpinggir. Cuma dia yg dengar dan tahu aku menangis. Sampai dikolej aku berlagak biasa. Tp.. Sebaik kelas tamat. Laju2 nak melangkah pulang. Kawan rapatku td ajak ke tandas aku tak ikut.. Dduk dikerusi luar kelas tenangkan fikiran. Sungguh tak ada daya nak tgk muka sahabat yg aq syg. Takut dia rasa bersalah. Sedangkan aq tak salahkan dia Dan kawan2 yg lain meminggirkan aku. Sebab aku sedar. Perangai aku mmg tak disenangi ramai orang. Aq seorang yg tegas dengan apa yg aku perkatakan walaupun kadang2 salah. Aku suka wujudkan perdebatan sampai org mengalah walaupun sebenarnya dia tak kalah. Kadang2 aku cuma mempertahankan apa yg aq rasa betul. Dan kadang2 aku tak terfikir kenapa orang lain cakap pandangan aku salah. Mungkin cara mereka sampaikan sebab2 yg membuatkan pernyataan aku salah itu tak tepat dengan cara pemikiran aku yg sedikit lembab.

Seusai dia ke tandas... Aku bingkas bangun dan tunggu lift. Sepanjang kelas juga aku mengelak drpd melihat wajah sahabatku. Risau mutiara dari mata berjujuran deras.
Aku pulang. Cari azrai ntk lupakan sekejap tentang mereka dan melepaskan rindu. Aku ajak dia ke KFC makan sepuasnya. Tak sangka sebekas zinger mash potatto dan dua ketul ayam aku habiskan sorang. Rasanya tak pernah aku begitu belahap.

Sampai hari ini... Ahad.. Seorang lg temanku yg agak rapat dulu bercakap tentang KB digroup whatsapp. Tanpa sedar kami bertelagah teruk. Sambil balas whatsapp dia aku menangis. Cepat2 aku siapkan basuh pinggan dan jemur kain dan naik kebilik. Sekali lg aku nangis sepuas puasnya. Andai dia tahu langsung aku tak berniat nak memutuskan sillaturahim. Dan aku tahu dia juga begitu.. Tapi kerana dua2 ego..akhirnya kami bertelagah tanpa maaf.

Kerana duit... :'(


No comments: