Wednesday, July 18, 2012

Ramadhan tiba

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh

Ramadhan datang lagi, 10:30pm 18/7/2012 tinggal berapa hari sahaja lagi
Ramadhan akan muncul, bulan penuh keberkatan, bulan dimana umat islam
berkejar-kejar mengumpul pahala, meninggalkan dosa.

"biasanya ramai yang lakukan ibadah secara mengejut, tiba2 baca quran lepas maghrib,walhal
sebelumnya tak pernah, tiba2 rajin isi sepertiga malam dengan solat2 sunat , tiba-tiba ,
tiba-tiba, tiba-tiba... lakukanlah ia sepanjang masa, bukan setakat pada bulan ramadhan,
dan apabila labuhnya tirai bulan mulia ni,melambangkan berakhirnya ramadhan,maka segala
amalan soleh, ditinggalkan,dan kembali seperti sebelumnya.intiharnya, lebih baik lakukan secara
mengejut,tapi teruskan walaupun ramadhan berakhir,daripada berhenti setakat berakhirnya ramadhan."

ingatan untuk diri sendiri. dah ngantok,ayat bersepah ;-) what ever it is, aq nak ucap selamat menjalankan ibadah puasa yakni menahan lapar dan dahaga ,di bulan mulia ni. semoga Allah swt memberkati segala yang kita lakukan.

No comments: