Thursday, January 12, 2012

nota sejarah

Assalamualaikum.. sejarah bab 1 tingkatan 5
: Kemunculan dan Perkembangan Nasiolisme di Asia Tenggara

Imperialisme
(a) maksud
1 . dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya
2. mereka menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu
3. imperialisme telah berlaku sejak zaman Empayar Yunani dan Rom
4. Imperialisme moden pula bermula sejak abad ke-15 di mana kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah2 Amerika Latin, Afrika , Asia

(b) Kuasa Imperialis Barat yang terlibat di Asia Tenggara dan lokasi penjajahannya
1. Portugal :Kuasa barat terawal menjajah Melaka dan Timur leste
2. Sepanyol dan Amerika Syarikat : Filipina
3. Belanda : Indonesia
4.Brittish : Mnyanmar, Tanah Melayu , Sabah, Sarawak dan Brunei
5. Tujuan Imperialis barat : Menguasai perdagangan rempah Revolusi perindustrian di Eropah, menyebabkan persaingan kuasa barat semakin sengit untuk menguasai ekonomi dan politik negara jajahan.
6. Menjelang 1914, seluruh asia tenggara kecuali thailand telah dijajah oleh imperialis barat

(c) Faktor2 imperialis barat di asia tenggara
1. kedudukan strategik - laluan china dan india
2. menjamin pasaran kerana penduduk asia tenggara ramai
3. tanah asia tenggara subur.
4, asia tenggara kaya dengan bahan mentah
-bijih timah : tanah melayu , indonesia, thailand
- kayu jati : myanmar, thailand
- tebu , kelapa : filipina
5. revolusi perindustrian(Eropah)
-mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan
eg : bijih timah (mengetin)
6. kemajuan pengangkutan dan perhubungan
eg : kapal berkuasa wap -> muatan banyak, mempercepat perjalanan Timur dan Barat
7. pembukaan terusan Suez (laut mediterranean dengan laut merah)
- pendekatan perjalanan timur dan barat
8. kapal berkuasa wap dan terusan suez
- lebih selamat dan menjimatkan kos
9. telegraf : penjajah boleh beri arahan kepada pegawai mereka ditanah jajahan -> cepat dan berkesan.
10. ahli perniagaan barat pula dapat berhubung dengan wakil mereka di timur melalui telegraf urusan perniagaan menjadi lebih mudan dan perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat
11. kuasa barat bersaing sesama mereka untuk menjajah. semakin luas jajahan, semakin tinggi sanjungan diterima. keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan biasa barat.
12. slogan "beban orang putih" digunakan oleh british san belanda untuk menjajah. mereka mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun serta bertanggungjawab menjadikan orang timur hidup lebih sejahtera.
13. perancis pula berpegang pada tugas menyebarkan tamadun . bertanggungjawab mentamadun kan orang timur.mubaligh kristian pula menyebarkan agama kristian.
14. barat juga lebih maju dalam bidang sains dan teknologi. kesannya, barat lebih yakin untuk melakukan apa sahaja demi kebaikan mereka.

No comments: